Didik Anak Hargai WANG!
"Bila kah masa yang terbaik untuk mula mendidik anak mengenai kewangan?".
Jawapan saya adalah "Seawal yang mungkin"
Jawapan saya adalah "Seawal yang mungkin"
Dalam
soal kewangan, keluarga memainkan peranan penting. Tidak cukup, seorang
isi rumah sahaja yang peka dengan kewangan, tetapi sekiranya suami,
isteri atau anak-anak tidak mengambil berat soal menjaga kewangan
keluarga, pastinya gagal juga mencapai matlamat kewangan anda.
Dalam hal ini, komunikasi bersama keluarga soal kewangan diperlukan.
Sudah berlalu zaman "tak baik cakap pasal duit" dalam isi rumah. Suami
dan isteri perlu tahu apa matlamat kewangan masing-masing, dan anak-anak
juga patut ambil tahu kepentingan kewangan dalam keluarga.
Ketika
anak masih kecil, biasakan sikecil menabung. Tidak semestinya mereka
tahu jumlah wang, tetapi memadai apabila anda pulang dari rumah, dan
mempunyai beberapa duit syiling dalam poket, berikan kepada anak kecil
anda untuk masukkannya ke dalam tabung. Setiap hari, ibu atau ayah
pulang dari rumah, anak memasukkan duit syiling ke dalam tabung.
Apa
akan terjadi adalah, ia akan membiasakan anak anda menyimpan wang
apabila diberi peluang. Memasukkan syiling ke dalam tabung akan menjadi
tabiatnya sejak kecil lagi.
Apabila anak semakin besar, beri peluang kepada anak untuk mula "buat
duit" dari rumah. Mungkin tidak dengan cara aktiviti rutin harian
seperti membasuh pinggan mangkuk selepas makan malam atau keluar buang
sampah dan memebersihkan rumah- kerana aktiviti ini sepatutnya menjadi
aktiviti keluarga. Tetapi, dengan memeberi upah pada kerja-kerja yang
mungkin dilakukan seminggu sekali seperti mencuci kereta, mengemaskan
laman dan lain-lain.
Baru-baru ini, ada sepasang ibubapa memberitahu saya, anak mereka selalu
boros dan meminta wang untuk membeli itu dan ini. Sehingga mereka
membuat satu system di mana, anaknya itu perlu membuat kerja di rumah
dan memperolehi pendapatan sendiri untuk membeli barangannya.¬ Apa yang
terjadi adalah, apabila diberi upah dan wang yang dikumpulkan cukup
untuk membeli barang yang diinginkan, anaknya itu tidak jadi membelinya.
Dengan alasan, dirinya rasakan sayang membelanjakan wang yang
dikumpulkan dari usaha sendiri! Misi selesai!