Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2012



Kini kembali lagi kejohanan hoki Piala Sultan Johor buat kali ke2 setelah Malaysia menjuarai edisi pertama. Adakah kali ini Malaysia mampu mempertahankan kejuaraan mereka. Malam ini 11.11.12 berlangsung perlawanan Malaysia menentang German di Stadium Hoki Taman Daya Johor. Perlawanan yang hebat dipamerkan oleh pemain Malaysia untuk bangkit menang setelah ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama. Masa kedua Malaysia mempamerkan peningkatan mendadak dengan menjaringkan 3 gol untuk memenangi perlawanan sulong mereka. Tahniah buat pemain Malaysia yang bermain bersungguh-sungguh sehingga berjaya bangkit untuk menang. Terbaiklah Malaysia teruskan kemenangan anda selepas ini. Pemain remaja kita menunjukan kepada pemain senior bagaiamana bermain dengan penuh semangat untuk menang. Keputusan akhir Malaysia menang keatas German dengan 3-2.

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100