Keputusan Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Hong Kong

Malaysia menunjukan permainan yang lebih kemas tetapi perlu dipertingkatkan lagi. Keputusan semasa sekarang masih 0-0 lagi tetapi Hong Kong banyak kali masuk ke kotak penalti tetapi belum dapat menembusi gol Malaysia. Perlu lebih kemas hantaran dan  mencari kelemahan pemain lawan.
Separuh masa ke dua malaysia mendahului dengan jaringan Safee Sali hasil tandukan kencang. Malaysia hampir menang tetapi kelalaian pada minit akhir oleh Aidil dan juga penjaga gol Apek membolehkan pemain Hong Kong  merampas bola dan menjaringkan gol mudah. Jika permainan seperti ini diteruskan masa AFF nanti maka kita boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kejuaraan untuk kali ini. Rajagopal perlu buat sesuatu lagi sebelum sepak mula. Pemain nampak letih dan kurang stamina. Larian dan hantaran yang lemah.
Keputusan akhir Malaysia 1- Hong Kong 1. Satu lagi perlawanan persahabatan adalah menentang Bangladesh pada 20 November 2012 di Stadium Shah Alam. Malaysia perlu menang besar kali ini untuk menaikan moral sebelum menentang Singapura pada perlawanan pertama pada 25 November 2012.



Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100

Cerita Awek Cun Bogel