SSU Ganti SSM di semua IPTA Malaysia
Sistem Saraan Universiti (SSU) bakal mengantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi semua IPTA Malaysia bermula januari 2013 jika semua berjalan lancar. Perlaksanaan skim baru ini juga bakal menambah baik sistem sedia ada terutamanya bagi proses kenaikan pangkat, latihan serta penetapan gred gaji yang bersesuaian. Kaedah kenaikan gaji berdasarkan tempoh atau masa mereka bekerja di IPTA selain melihat prestasi semasa mereka. Ia juga menghapuskan kaedah temu duga. Insentif khas juga bakal diberi jika diluluskan iaitu Rm1200 bagi peringkat akademik, pentadbiran RM800 dan pelaksana RM500.