Samsung ATIV Smart PC Pro

ATIV Smart PC Pro


PENGELUAR teknologi digital dunia, Samsung Malaysia Electronics (Samsung) melancarkan siri komputer pintar (ATIV Smart PC) terbaharu yang merangkumi semua rangkaian perkomputeran seperti komputer riba, peribadi dan tablet di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Paling menarik ialah Samsung ATIV Smart PC menepati ramalan pasaran komputer riba, ultrabook kerana ia mempunyai fizikal yang kecil dan nipis.
Papan kekunci ATIV Smart PC boleh ditanggalkan dengan senang daripada sambungan clamshell menjadi sebuah tablet.
Jadi, pengguna dapat bekerja di meja dan boleh berubah menjadi peranti tablet ketika sedang dalam perjalanan dengan sifat mobilnya.
Dilengkapi teknologi S Pen, ATIV Smart PC menawarkan pengalaman mengagumkan untuk menulis dan melukis.
Menggunakan sistem operasi (OS) Windows 8, pengalaman dunia perkomputeran menjadi lebih menarik dengan ciri-ciri yang terdapat dalam OS baharu itu.
Selain itu, skrin sesentuh dengan kepekaan sehingga 10 jari dengan tahap sensitiviti yang ditingkat sekali gus memudahkan untuk kerja zoom dan menata untuk keseluruhan laman web.
“Bersama-sama kepakaran Samsung dalam rekaan dan teknologi dengan Microsoft dalam pembangunan sistem operasi, kami boleh memberikan para pelanggan pengalaman perkomputeran yang ditingkatkan serta diperhalusi,” kata pengarah pemasaran Samsung, Kwon Jae Hoon pada pelancaran rangkaian Smart PC lalu.
ATIV merupakan susunan terbalik bagi perkataan Vita yang membawa maksud kehidupan dalam bahasa Latin. Ia memberikan inspirasi kepada Samsung bagi mereka sebuah komputer yang dapat memberikan pengalaman menarik kepada pengguna.
Dalam majlis yang sama, komputer riba siri 5 ULTRA Touch ATIV dan komputer peribadi (PC) semua dalam satu (AIO), Siri 7 Samsung AIO PC turut dilancarkan, ketiga-tiga jenis produk telah berada di pasaran sejak November 2012.

Jom skodeng lagi gambar ATIV ni




 

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100