FAM enggan bantah Myanmar

Kuala Lumpur: HASRAT melihat skuad B-22 negara layak ke pusingan akhir Piala Asia B-22 2013 menggantikan Myanmar yang melanggar peraturan menurunkan pemain lebih umur musnah gara-gara keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengemukakan bantahan rasmi.
Malah, pendirian FAM itu mungkin bakal memakan diri sendiri apabila dikhabarkan jurulatih skuad B-22 negara, Ong Kim Swee mahu meletak jawatan kerana kecewa tidak mendapat sokongan majikan sendiri.

Namun Kim Swee yang dihubungi malam tadi, enggan mengulas lanjut kerana masih bercuti.

Selepas tempoh 48 jam berakhir 7 petang semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan sekretariatnya tidak menghantar sebarang surat bantahan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Kami tidak boleh semata-mata membuat bantahan menggunakan bukti-bukti daripada pihak ketiga (media) atau laman-laman web. Selepas meneliti senarai pendaftaran AFC, kami dapati memang terdapat nama sama tetapi mereka individu berbeza.
“Jadi FAM tidak mempunyai bukti kukuh untuk membuat bantahan. Penjelasan lanjut akan diberikan pada sidang media khas esok (hari ini),” kata Azzuddin ketika dihubungi, semalam.

Perbandingan profil penyerang Myanmar, Kaung Si Thu yang sebenarnya sudah berusia 25 tahun dalam laman web rasmi kelabnya, Yangon United seperti disiarkan Berita Harian semalam serta biodata umur sebenar kapten Myanmar, Kyaw Zayar Win iaitu 24 tahun dalam laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) nampaknya belum cukup meyakinkan FAM.

Malah terbaru, senarai pemain untuk aksi Piala Singapura menemukan kelab Zayar Win, Kanbawza FC bertemu Loyola Meralco Sparks di Singapura malam tadi, turut tertulis umur Zayar Win, 24 tahun.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Alex Soosay turut menyatakan pihaknya sedia melakukan siasatan andai menerima bantahan FAM sambil menganggap isu penipuan umur sebagai serius.

“Sesiapa yang langgar peraturan mesti dihukum. Kredibiliti kejohanan bawah umur mesti dijaga dan AFC tegas dalam perkara ini. Tapi semua kena ikut prosedur. Jika ada bantahan, kita akan rujuk ke Jawatankuasa Tatatertib AFC dan terpulang kepada mereka melakukan bentuk siasatan,” jelas Soosay ketika dihubungi, semalam.

Dicedok dari Berita Harian 6/7/2012

 * Kenapa FAM boleh tidak berbuat apa-apa dan tak mahu membuat bantahan. Malas buat kerja ke apa. 
Kim Swee berhenti jer bio ler FAM yang angkuh tu dengan labu dan angan-angannya. Bila aku tengok pengurusan yang tidak membantu anak buahnya nampak sangat diorang tu tak bersunguh dengan apa anak buah mereka buat dipadang penat tau tak lari satu padang woi....marah nie maaf la ya.Peminat tegar Harimau Malaya & Harimau Muda.

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100

Cerita Awek Cun Bogel