New Camera GE Power & Pro

pix_gal0
APABILA merujuk kepada produk kamera digital, jenama General Electric (GE) mungkin sukar untuk dikaitkan dengan sistem imejan moden berbanding jenama lain seperti Panasonic, Sony atau Olympus.

Sejak kemunculan produk kamera digitalnya pada 2007, GE terus mengorak langkah dengan memperkenalkan pelbagai model baru dan canggih. GE mempertaruhkan dua model terkininya, GE G100 dan GE E1410 SW, di Malaysia yang disifatkan antara pasaran utama di Asia yang semakin berkembang pesat.
Model GE G100 dan GE E1410 SW masing-masing adalah siri produk Pro dan Power.

Keunikan kedua-dua model itu adalah ciri sokongan teknologi bertenaga sehingga membolehkan kelajuan bukaan ditingkatkan dan ciri rakaman berterusan pada kelajuan tinggi iaitu 10 kerangka sesaat diperkenalkan.

Kedua-dua model didatangkan dengan keupayaan merakam video HD 1080p berprestasi tinggi disokong aspek kepekaan cahaya yang dipertingkatkan untuk rakaman imej yang lebih terperinci.

GE G100
Siri Pro GE G100 pula adalah kamera digital yang dibangunkan berasaskan model terdahulu, GE X500 di mana pelbagai aspek luaran dan dalamannya diperkemaskan.

Ia disasarkan untuk pelanggan yang meminati dunia fotografi dengan kelebaran lensanya dipertingkatkan kepada 28 milimeter.

Di sebalik keunikan reka bentuknya, dilengkapi zoom optikal 15 kali pada 14 megapiksel menjadikannya produk kamera digital yang perlu dimiliki.

Selain itu, teknologi piksel Aptina A-Pix CMOS membolehkan G100 merakam foto pada kelajuan tinggi iaitu pada 10 kerangka sesaat.

Pada harga RM599, GE G100 adalah produk imejan moden menarik yang didatangkan dalam warna hitam, merah dan putih.

GE E1410 SW

Siri Power GE E1410SW pula mementingkan prestasi lebih bertenaga bagi aktiviti fotografi setiap hari.

Malah, GE menyifatkan E1410 SW adalah kamera digital yang ideal untuk dibawa ke mana saja.

Ini berikutan reka bentuknya yang bergaya dan anggun dengan ukuran ketebalan tujuh inci.

Harga yang ditawarkan bagi model yang diwarnai dengan penampilan hitam, coklat, merah dan emas adalah RM549.


Tahukah anda?

Teknologi Aptina A-Pix adalah rangkaian teknologi yang mengetengahkan garisan cahaya, paparan imej terperinci dan reka bentuk piksel 65 nm.

* Dicedok dari Berita Harian 3/7/2012

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100

Cerita Awek Cun Bogel