Malaysia Mesti Bantah Myanmar

Tarikh lahir sebenar Kaung Si Thu iaitu tahun 1987 pada laman web rasmi Yangon United sebelum ini (atas) dikesan sudah ditukar ke tahun 1993 (bawah) kelmarin.  
Tarikh lahir sebenar Kaung Si Thu iaitu tahun 1987 pada laman web rasmi Yangon United sebelum ini (atas) dikesan sudah ditukar ke tahun 1993 (bawah) kelmarin.


MOM syor tindakan diambil ke atas Myanmar atas nama kesukanan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus tampil keras memperjuang kan bantahan pengurusan skuad bawah 22 negara yang mempunyai bukti Myanmar menyenaraikan pemain lebih usia ketika aksi Kelayakan Piala Asia B-22 2013 yang berakhir, kelmarin. Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, perkara sebegini tidak boleh dibiarkan berlaku terutama dengan Myanmar bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA, tahun depan.
“Jika benar ada bukti Myanmar menurunkan pemain lebih usia, tindakan perlu diambil ke atas mereka atas nama kesukanan,” kata Kok Chi. “Jika kita berdiam diri bermakna kita menyokong perkara ini.

“FAM perlu memastikan tindakan diambil ke atas Myanmar jika dakwaan ini berasas. Kita sering melaungkan Fair Play tetapi jika kita terus membiarkan negara seperti Myanmar terlepas daripada peraturan yang ditetapkan, ia tidak akan membantu perkembangan sukan di rantau ini.

Carian di Internet membuktikan penjaring dua gol mereka malam kelmarin, Kaung Si Thu sudah berusia 25 tahun, kapten Kyaw Zayar Win 24 tahun, Thet Naing 23 tahun dan yang melampaunya Ye Zaw Htet Aung pula sudah mencecah usia 26 tahun.

Jadi tak ralat sangat apabila melihat barisan Harimau Muda kita yang hanya dibarisi 10 pemain 21 tahun, lima pemain 20 tahun, empat pemain 19 tahun, tiga pemain 18 tahun dan seorang pemain 16 tahun, tampak tenggelam di hadapan gegak gempita 28,000 penyokong tuan rumah.

Apa pun pujian perlu diberi kepada barisan skuad B-22 negara yang sepatutnya mampu mengikat Korea Selatan pada aksi sulung 23 Jun lalu, hari pertama saya tiba di Yangon. Cuma tiga gol dilepaskan pada babak pertama menjadi pemusnah biarpun A Thamil Arasu berjaya membalas dua gol. Kita tewas 2-3.
Sentuhan Rozaimi Abd Rahman, anak Bongawan, Sabah, paling mencuri tumpuan apabila dia meledak empat gol ketika kita membelasah Filipina 7-0, dua gol ketika membenam Taiwan 4-2, hatrik ketika menewaskan Vietnam 3-0 dan melengkapkan gol ke-10 peribadi menerusi sepakan penalti ketika bertemu Myanmar, malam kelmarin. 

* Dicedok dari Berita Harian 5/7/2012


Jika betul Myanmar menipu tentang pemain mereka masa perlawanan menentang Malaysia FAM harus bertindak jangan bagi muka dan perkara ini adalah serius. Kepada wartawan  sukan yang telah menyelelidiki tentang status pemain cepat-cepat dapatkan bukti dan serahkan kepada pengurusan AFC dan juga FIFA. Buat apa nk menipu hanya untuk kepentingan yang akan memalukan diri sendiri jer nanti kalau benar tuduhan ini.

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100

Cerita Awek Cun Bogel