Langkau ke kandungan utama

Uncle Seekers Apa Kes


Uncle seekers kena tahan

Syed Abdullah bersama Siti Nadhirah ditahan reman atas tuduhan menghina Sultan Johor di laman blog di Mahkamah Masjistret, Johor Bahru. 
 
 Syed Abdullah bersama Siti Nadhirah ditahan reman atas tuduhan menghina Sultan Johor di laman blog di Mahkamah Masjistret, Johor Bahru.
 
 
Siar artikel fitnah Sultan Johor dalam blog miliknya

Johor Bahru: Polis Johor menahan pengamal para normal, Syed Abdullah Syed Hussein, yang mengendalikan laman blog www.uncleseekers.blogspot.com berhubung kenyataannya yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan semalam berkata Syed Abdullah, 46, ditahan pada jam 9.45 malam di Tol Senawang, Seremban.
Kenyataan itu menyebut seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, turut ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya.

Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Pada 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penyiaran artikel di dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sentral itu memohon pihak berkuasa menyiasat terhadap blog, www.uncleseekers.blogspot.com, yang dikatakan turut mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor. - BERNAMA

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100